P. Ramlee The Musical
P. Ramlee The Musical

P. Ramlee The Musical

P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi ialah pementasan muzikal Malaysia yang diarahkan oleh Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri, diterbitkan oleh Enfiniti Productions yang pernah menempa nama dengan kejayaan Puteri Gunung Ledang the Musical, teater ini mengisahkan tentang kehidupan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai anak seni dan cinta beliau kepada wanita yang pernah mengisi hidup beliau.Teater ini telah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bagi musim pertama, pementasan diadakan dari 18 Oktober hingga 3 November 2007 dengan jumlah 18 persembahan kesemuanya. Bagi musim kedua pula, pementasan berlangsung dari 28 Mei 2008 hingga 14 Jun 2008. Persembahan malam bermula pada 8.30 malam dari Selasa hingga Sabtu manakala pada waktu petang ialah pukul 3 petang hari Sabtu dan Ahad. Pementasan teater ini diadakan di Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2013.[1][2][3] Musim ketiga teater ini dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2014, tetapi dilanjutkan ke 13 Oktober kerana permintaan yang menggalakkan.[4]

Rujukan

WikiPedia: P. Ramlee The Musical http://www.budiey.com/keputusan-boh-cameronian-art... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-liza-hanim-at... http://www.inspirasimagazine.com/p-ramlee-the-musi... http://www.newsarawaktribune.com/news/11199/What-t... http://pramleethemusical.com/index.htm http://www.theborneopost.com/2013/09/11/tears-laug... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2008/6/3/HI... http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/08/30/p... https://www.facebook.com/PRamleeMusical/ https://www.wanista.com/2013/19509/pementasan-teat...